Pengalaman pertama di Chenang

|

Baru-baru ini aku telah mengambil kesempatan dengan mengisi ruang kosong aku dengan menghayati keindahan alam yang ada di Pulau Langkawi... lokasi pelancongan yang terhangat di Asia. Justeru, aku telah memilih Chenang sebagai destinasi zoom aku. Aku sampai di Chenang dah petang kalau tak silap aku dah dekat pukul enam.... masa yang amat sesuai gitu nak melayan jiwang huhuhu
Bersama-sama rakan-rakan aku yang otak sejibik macam aku... nak kata baik... baik la gak tapi sometimes otak kami ni problems skit huhuhu. Pendekkan crita kami pun ronda-ronda la... ala-ala pelancong gitu. Ish2 dahsyat... memang cantik la pemandangan... lautnya... hamparan indah langitnya... wahhh... sungguh menakjubkan ciptaan Allah S.W.T. Tenang saja... masalah yang terbeban kat kepala pun hilang... damai jaaaa....
Tapi... tetiba saja aku asa macam nak pengsan... mana taknya pemandangan yang ada kat atas pasir dan kat dalam laut tu... yang bertaburan tu sungguh luar biasa. Memang dahsyat la gua cakap sama lu.... ish2. Aku yang baru sahaja datang bermaustatin kat sini boleh la dikategorikan sebagai culture shock! Memang dahsyat la... huhuhu nasib baik la aku ni ada gak ilmu tentang dunia manusia hari ini klu tak dah confirm aku pengsan terpaksa la kengkawan aku tu mengusung aku.
Itulah ilmu yang mengatakan bahawa manusia hari ini pergaulan yang terlalu luar biasa dengan berpakaian yang luar dari hakikat bahawa tubuh itu perlu ditutup... kalau bangsa asing aku tak kisah la tapi ini Melayu yang mengatakan bahawa mereka ini beragama Islam. Siapa yang harus dipersalahkan????? Adakah mereka dan keluarga mereka???? Ibu mengandung???? HUHUHUHU Aku pun tak tau pa nak cakap... memang tak tercakap sampai aku pun terrrrrkeliru Melayu ke atau . . . . . . .??????
Tapi member aku sorang ini suka sangat... hehehe katanya 'cuci mata'... tapi itulah yang dinamakan kaum Adam. Tak leh gak nak salahkan dia... dah terpampang nak kata apa lagi.... aku dan kengkawan perempuan aku pun naik maluuuu... MALU beb!!!!
Apa yang perlu dikatakan?
Mengapa jadi begini?
Siapa yang harus dipersalahkan?
Di sini juga la timbul persoalan apabila berlaku kes rogol... SIAPA YANG BERSALAH????
Tak terjawab den.....
Well, itulah pendedahan yang pertama tentang dunia pelancongan ini pada aku....

haiii semuaa saya telah mulaa mnjadi blogger...sperti abg saya tuuu!!!!

|


Ini gambar kartun yg saya minat.... Upin dan Ipin! kikikiki
Kenapa??
Sebab.... Upin dan Ipin ni sangatttttttttt cute... pandaikan diorang create... itulah bukti bahawa MALAYSIA BOLEH!!!!!
Bangsa sebuah negara yang pasti cemerlang gemilang dan terbilang!!!!
Keduanya aku suka sebab... jalan ceritanya yang 100% mengambarkan corak kehidupan Melayu di kampung..... dan ketiganya semestinya mengenangkan aku sewaktu aku kecik dulu... AKU PUN SUKA AYAM GORENG!!! AYAM GORENGGGgggggggg! heheheh